Monday, September 29, 2008

Kisah Dikaunter Imigresen

Lokasi kejadian : Disebuah kaunter Imigresen Malaysia di salah satu pintu masuk negara.
Masa : Bila-bila masa.

Kelihatan tiga orang perempuan Indonesia sedang ditemuduga olih seorang Pegawai Imigresen Malaysia.
Pegawai Imigresen: " Apa status kamu ? Sudah kahwin ka belum? ".
Perempuan Pertama : " Saya dah janda pak."
Pegawai Imigresen :" Kenapa cerai? ".
Perempuan Pertama: " Udah tak cocok lagi pak ".

Pegawai Imigresen tersebut bertanya pula kepada perempuan Kedua.
Pegawai Imigresen: " Kamu pula apa status kamu ".
Perempuan Kedua: " Saya ada suami pak.Kami masih cocok lagi."

Pegawai Imigresen : " Kamu pula? ". Tanya pegawai Imigresen tersebut kepada perempuan ketiga.
Perempuan Ketiga : "Saya belum kahwin pak."
Pegawai Imigresen : "Kenapa belum kahwin? ".
Perempuan Ketiga : "Sebab belum ada yang cocok pak".

Saturday, September 27, 2008

Cerita Dari Paris

Disebuah cafe di kota Paris, kelihatan seorang Singh yang baru tiba dari India sedang minum kopi dan memakan roti Perancis. Dimeja sebelah seorang pemuda Perancis sedang minum kopi sambil menguyah cewing gum. Sesekali pemuda Perancis tersebut menjeling si Singh. Timbul perasaan jijik melihat Singh yang makan agak rakus dengan magerin yang tersangkut dicelah-celah janggut dan juga misai si Singh.
"Hello Singh, you dari India". Sapa pemuda Perancis tersebut.
"Yap", jawab si Singh rengkas.
"DiIndia ada roti Perancis?", tanya lagi pemuda Perancis tersebut.
"Yap", jawab si Singh.
"DiIndia roti Perancis, dimakan dengan kulit-kulit sekali?".
"Yap".
"Kami disini isi sahaja yang kami makan manakala kulitnya kami proses kembali dan ekspot ke India." Sindir pemuda tersebut sambil tersenyum sinis.
Diam seketika.
"Di India kamu minum kopi". Tanya pemuda tersebut memecah kesunyian.
"Aduh apa pula kali ini". Fikir si Singh.
"Serbuk dari kopi yang kamu minum saya rasa kamu buang. Betul begitu?". Pemuda tersebut menyusun strategi.
" Disini...".
"Saya tahu. Saya Tahu." potong si Singh. " Disini serbuknya di proses kembali dan di ekspot ke India".
" Betul. Betul". Pemuda tersebut tersenyum puas sambil menguyah cewing gumnya sedangkan kopi diatas meja sudah semakin sejuk.
"Disini kamu melakukan sex. " Giliran si Singh pula bertanya.
"O, sudah tentu. Kan lelaki Perancis terkenal dengan romantiknya. " Jawab si Perancis sombong.
" Disini kondom selepas diguna kamu buang".
"O, sudah tentu. Di India kamu guna kembali". Sindir si Perancis sambil ketawa.
"O tidak. Di India kami proses kembali menjadi cewing gum dan kami ekspot ke Perancis."
Seolah-olah gunung berapi meletup diatas kepala si Perancis lalu si Perancis bingkas bangun dan meninggalkan Si Singh yang ketawa terbahak-bahak.
- Idea dari rakan blog di Indonesia.

Friday, September 26, 2008

Cerita Dari Surau

Alkisah, seorang bapa membawa anak lelakinya yang baru berumur 5 tahun ke surau untuk solat maghrib. Konon untuk melatih sikecil bersolat. Jamaah tidaklah begitu ramai. Mungkin hujan petang tadi, membuat jamaah lain sikit liat untuk kemasjid. Olih kerana sibapa seorang bilal, maka tempat beliau tentulah dibelakang imam. Manakala sianak diletak disaf kanak-kanak
Imam pun mengangkat takbir. Diikut olih jamaah yang lain.
Semasa imam membaca surah, sianak lari kesebelah bapanya lalu memandang muka bapanya. Sibapa membesarkan matanya tanda marah. Aduh, marah rupanya ayah aku fikir sianak.
Allahuakbar, rukuk, iktidal, seterusnya sujud. Duduk antara dua sujud dan kembali sujud.

Allahuakbar. imam bangkit dari sujud dan mahu memulakan rakaat yang kedua.

Samada disedarinya atau tidak, kain pelikat tok imam terkepit dicelah punggongnya (dengan izin). Sianak memandang muka bapanya. Sibapa tengah khusuk mendengar bacaan Fatihah tok imam sambil memejam mata.
Aku rasa elok aku membuat jasa. Fikir sianak. Sekurang-kurangnya terubat juga hati ayah aku. Lalu sianak bergerak kebelakang imam dan menarik kain yang tersepit dicelah punggong (dengan izin) tok imam.
Sianak memandang kearah bapanya. Aduh jegilan mata bapanya lebih besar dari yang tadi.
Aduh, salah lagi. Sianak lalu mara kebelakang imam dan memasuk kembali kain pelikat tok imam kecelah punggongnya.
Tok imam terperanjat beruk, lalu entah apa apa yang terkeluar dari mulutnya. Siayah yang juga bilal terus menyambar anaknya meninggalkan surau. Sekian

Wednesday, September 24, 2008

Cerita Abang Beca di Kota Jakarta

Seorang penarik beca sedang menarik becanya sambil matanya liar mencari pelanggan walau pun hari sudah lewat malam. Nah tiba-tiba seorang perempuan bogel keluar dari celah-celah rumah setinggan menahan becanya.
Bang beca tergamam sebentar.
"Mau kemana bu?" tanya bang beca .
Tanpa sebarang bicara perempuan bogel tersebut terus menaiki beca.
Sambil mengayuh becanya, mata bang beca tidak pernah lepas dari memandang perempuan bogel tersebut sehinggalah perempuan tesebut bersuara.
"Lho, tak pernah nengok perempuan bogel!".
"Bukan bu, saya tengah mikir-mikir dari celah mana ibu mau ngeluarkan wang ibu buat ongkos beca saya".

Tuesday, September 23, 2008

Teka teki dolu-dolu

Apakah bendanya apabila turun lambat tapi apabila naik cepat?
Kalau sekarang tentulah minyak tapi kalau dolu-dolu lain.
Tak dapat?
Ok ana bagi jawapannya.
Jawapannya...
HINGUS YANG MENGALIR DARI HIDUNG KITA KETIKA KITA BERUSIA SATU DUA TAHUN.
Betul tak. Nah cuba kita bayangkan hingus yang mengalir turun perlahan-lahan dari hidung anak kecil tiba-tiba naik mendadak apabila sianak menyedut kembali kedalam lubang hidung.

From Bote With Love

Lokasi:
Disebatang jalan 6 kaki yang menghubungi sebuah kampong dengan dunia luar di daerah Bota, Perak.

Masa:
Ditengah kepekatan malam disekitar tahun 1960an.

Action:
Dua orang sahabat Amin dan Yeop sedang menunggang motosikal dalam perjalanan mereka ke Pekan Bota untuk menonton tayangan larut malam . Lampu dari motosikal tua milik Yeop kadang kadang celik , kadang kadang padam. Jelasnya banyak padam dari celik.
Dari jauh kelihatan sepasang lampu dari sebuah kereta menuju kearah mereka. Dalam kepala Amin dan Yeop lampu tersebut datangnya dari dua buah motosikal. Sikit tidak terlintas dikepala mereka yang datang itu sebuah kereta kerana sudah bertahun-tahun tidak ada sebuah kereta pun yang masuk kekampong mereka.
" Yeop, deme bersaing-saing Yeop. Kita celah ditengah tengah Yeop. Beyo deme bedua dua terejun kedalam parit." kata Amin sambil menyuarakan niat busuknya.
Melihat motosikal yang lampunya kadang kadang padam , kadang kadang celik, sipemandu kereta memberhentikan keretanya sambil menaikkan lampu.
BAM... sudah terlambat.Besoknya keduadua mereka terlantar di Hospital Ipoh.

Lokasi:
Hospital Ipoh

Action:
" Yeop, deme betige ruparupanya Yeop. Bukan bedue. Yang tengahtengah tak pasang pelite'" .
kata Amin yang masih tak percaya yang dilanggarnya sebuah kereta.
Sekianlah cerita orang tue-tue.