Monday, October 26, 2009

Betapa kreatifnya manusia, ingat kita juga bolih buat



Buah pear yang dibentuk sedemikian rupa dan dijual dengan harga berlipat kali ganda.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

JANGAN SONYUM , MUHASABAH DIRI


******************************************************

Friday, October 23, 2009

MERCEDES MATA BELALANG

Suatu pagi ketika seorang pegawai memasuki pejabat, ia telah ditegur olih setiausahanya.
“ Bos, kira-kira masa meninggalkan rumah tadi bos terlupa menutup pintu garaj ke. “
Si Pegawai tanpa berfikir ada sesuatu disebalik pertanyaan setiausahanya terus menjawab.
“ Sudah tentu Maria, saya tak lupa pintu garaj rumah saya termasuk pintu kamar kecil dirumah saya .” Jawab si Pegawai bergurau.
Setelah beberapa jam masa berlalu si pegawai baru menyedari zip seluarnya tidak berkancing dan barulah ia menyedari apa yang dimaksudkan olih setiausahanya tadi dengan pintu garaj.
Beliau kemudian menuju meja tempat membuat kopi yang letaknya dihadapan meja Maria setiausahanya.
“Masa pintu garaj saya terbuka tadi , kamu ada nampak Mercedes mata belalang saya didalamnya? “.
Maria tersenyum sambil menjawab, “ Mercedes mata belalang tak ada . Yang ada kancil dengan dua tayar yang pancet. “

Monday, October 5, 2009

BAKSO

Seorang lelaki juga seorang suami di Kuala Lumpur yang berselingkuh dengan seorang cewek Indoneia selama beberapa tahun terkejut berok apabila cewek Indonesia tersebut mendakwa dirinya termengandung.

Bimbang akan reputasinya dan juga kebahagiaan rumah tangganya si lelaki pun menawarkan sejumlah wang yang banyak sekiranya cewek Indonesia tersebut bersedia melahirkan anak tersebut di Indonesia. Lelaki Malaysia tersebut juga bersedia mengirim wang setiap bulan sekiranya cewek Indonesia tersebut sedia membesarkan anaknya di Indonesia.

Perempuan Indonesia tersebut bersetuju dengan cadangan tersebut. “ Tapi bagaimana nak bagitahu Mas bila saya melahirkan.” Tanya perempuan Indonesia lagi.
“ Saya mahu ianya dirahasiakan . Sayang hanya perlu mengirimkan poskad dengan menulis BAKSO dibelakang nya. Saya akan mengirim wang untuk anak kita. ”

Pada suatu hari selepas 9 bulan perempuan Indonesia tersebut kembali ke tanah airnya, lelaki Malaysia tersebut telah disambut dengan penuh kehairanan olih isterinya sambil memegang sekeping poskad.
” Bang, ini ada sekeping poskad lucu untuk abang.”
” Berikan kepada saya . Saya akan jelaskan nanti. ”
Sebaik sahaja membaca poskad tersebut , sisuami tiba-tiba pucat dan jatuh pengsan.
Diatas poskad tertulis :
”BAKSO, BAKSO, BAKSO, BAKSO,BAKSO....... DUA DENGAN MEATBALL , TIGA TANPA MEATBALL........... tolong hantar sos lebih.”

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BOLA PIMPONG HITAM

Suatu hari , puan guru masuk kekelasnya dan membuat satu pengumuman.
‘ Murid-murid, mulai minggu ini, pada setiap hari jumaat sebelum kamu pulang cikgu akan memberi satu soalan. Barang siapa yang dapat menjawab soalan tersebut beliau akan mendapat cuti selama tiga hari dan hanya datang kesekolah pada hari selasa. ‘

Pada hari jumaat berikutnya sebelum melepaskan murid-muridnya pulang, cikgu tersebut pun bertanya.
‘ Ok siapa tahu berapakah jumlah pasir yang terdapat dipantai. ‘ Semua mata terkebil-kebil memandang satu dengan yang lain. Tiada siapa yang bersuara.

Pada hari jumaat berikutnya puan guru pun tampil dengan soalan nakalnya sekali lagi.
’ Ok siapa tahu berapa kah jumlah bintang dilangit.’ .
Sunyi, sepi hanya rungutan kecil yang kedengaran. Bagi Little Billy beliau menyimpan azam. ‘Minggu depan aku mesti mendapatkan cuti hujung minggu 3 hari tersebut.’

Pada hari khamis berikutnya little Billy pun mengecat 2 biji bola pimpong dengan warna hitam. Bola tersebut dibawa kesekolah didalam bag kertas.
Apabila hampir tamat waktu persekolahan, sebaik saja puan guru berkata ’Ok berikut adalah soalan minggu ini. ’ Little billy pun melepaskan bola pimpongnya bergolek-golek kedepan kelas.
Al maklum anak-anak kecil apabila ada kejadian yang bagi mereka agak asing, mereka pun tertawa terbahak-bahak.
’Ok siapa pelawak dengan dua biji bola hitam’, tanya puan guru.
Little Billy bingkas bangun dan menjawab, ’ Bill Cosby, puan guru. Ok jumpa anda hari selasa depan. ‘

*************************************************