Friday, September 26, 2008

Cerita Dari Surau

Alkisah, seorang bapa membawa anak lelakinya yang baru berumur 5 tahun ke surau untuk solat maghrib. Konon untuk melatih sikecil bersolat. Jamaah tidaklah begitu ramai. Mungkin hujan petang tadi, membuat jamaah lain sikit liat untuk kemasjid. Olih kerana sibapa seorang bilal, maka tempat beliau tentulah dibelakang imam. Manakala sianak diletak disaf kanak-kanak
Imam pun mengangkat takbir. Diikut olih jamaah yang lain.
Semasa imam membaca surah, sianak lari kesebelah bapanya lalu memandang muka bapanya. Sibapa membesarkan matanya tanda marah. Aduh, marah rupanya ayah aku fikir sianak.
Allahuakbar, rukuk, iktidal, seterusnya sujud. Duduk antara dua sujud dan kembali sujud.

Allahuakbar. imam bangkit dari sujud dan mahu memulakan rakaat yang kedua.

Samada disedarinya atau tidak, kain pelikat tok imam terkepit dicelah punggongnya (dengan izin). Sianak memandang muka bapanya. Sibapa tengah khusuk mendengar bacaan Fatihah tok imam sambil memejam mata.
Aku rasa elok aku membuat jasa. Fikir sianak. Sekurang-kurangnya terubat juga hati ayah aku. Lalu sianak bergerak kebelakang imam dan menarik kain yang tersepit dicelah punggong (dengan izin) tok imam.
Sianak memandang kearah bapanya. Aduh jegilan mata bapanya lebih besar dari yang tadi.
Aduh, salah lagi. Sianak lalu mara kebelakang imam dan memasuk kembali kain pelikat tok imam kecelah punggongnya.
Tok imam terperanjat beruk, lalu entah apa apa yang terkeluar dari mulutnya. Siayah yang juga bilal terus menyambar anaknya meninggalkan surau. Sekian

No comments: