Monday, October 26, 2009

Betapa kreatifnya manusia, ingat kita juga bolih buat



Buah pear yang dibentuk sedemikian rupa dan dijual dengan harga berlipat kali ganda.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

JANGAN SONYUM , MUHASABAH DIRI


******************************************************

Friday, October 23, 2009

MERCEDES MATA BELALANG

Suatu pagi ketika seorang pegawai memasuki pejabat, ia telah ditegur olih setiausahanya.
“ Bos, kira-kira masa meninggalkan rumah tadi bos terlupa menutup pintu garaj ke. “
Si Pegawai tanpa berfikir ada sesuatu disebalik pertanyaan setiausahanya terus menjawab.
“ Sudah tentu Maria, saya tak lupa pintu garaj rumah saya termasuk pintu kamar kecil dirumah saya .” Jawab si Pegawai bergurau.
Setelah beberapa jam masa berlalu si pegawai baru menyedari zip seluarnya tidak berkancing dan barulah ia menyedari apa yang dimaksudkan olih setiausahanya tadi dengan pintu garaj.
Beliau kemudian menuju meja tempat membuat kopi yang letaknya dihadapan meja Maria setiausahanya.
“Masa pintu garaj saya terbuka tadi , kamu ada nampak Mercedes mata belalang saya didalamnya? “.
Maria tersenyum sambil menjawab, “ Mercedes mata belalang tak ada . Yang ada kancil dengan dua tayar yang pancet. “

Monday, October 5, 2009

BAKSO

Seorang lelaki juga seorang suami di Kuala Lumpur yang berselingkuh dengan seorang cewek Indoneia selama beberapa tahun terkejut berok apabila cewek Indonesia tersebut mendakwa dirinya termengandung.

Bimbang akan reputasinya dan juga kebahagiaan rumah tangganya si lelaki pun menawarkan sejumlah wang yang banyak sekiranya cewek Indonesia tersebut bersedia melahirkan anak tersebut di Indonesia. Lelaki Malaysia tersebut juga bersedia mengirim wang setiap bulan sekiranya cewek Indonesia tersebut sedia membesarkan anaknya di Indonesia.

Perempuan Indonesia tersebut bersetuju dengan cadangan tersebut. “ Tapi bagaimana nak bagitahu Mas bila saya melahirkan.” Tanya perempuan Indonesia lagi.
“ Saya mahu ianya dirahasiakan . Sayang hanya perlu mengirimkan poskad dengan menulis BAKSO dibelakang nya. Saya akan mengirim wang untuk anak kita. ”

Pada suatu hari selepas 9 bulan perempuan Indonesia tersebut kembali ke tanah airnya, lelaki Malaysia tersebut telah disambut dengan penuh kehairanan olih isterinya sambil memegang sekeping poskad.
” Bang, ini ada sekeping poskad lucu untuk abang.”
” Berikan kepada saya . Saya akan jelaskan nanti. ”
Sebaik sahaja membaca poskad tersebut , sisuami tiba-tiba pucat dan jatuh pengsan.
Diatas poskad tertulis :
”BAKSO, BAKSO, BAKSO, BAKSO,BAKSO....... DUA DENGAN MEATBALL , TIGA TANPA MEATBALL........... tolong hantar sos lebih.”

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BOLA PIMPONG HITAM

Suatu hari , puan guru masuk kekelasnya dan membuat satu pengumuman.
‘ Murid-murid, mulai minggu ini, pada setiap hari jumaat sebelum kamu pulang cikgu akan memberi satu soalan. Barang siapa yang dapat menjawab soalan tersebut beliau akan mendapat cuti selama tiga hari dan hanya datang kesekolah pada hari selasa. ‘

Pada hari jumaat berikutnya sebelum melepaskan murid-muridnya pulang, cikgu tersebut pun bertanya.
‘ Ok siapa tahu berapakah jumlah pasir yang terdapat dipantai. ‘ Semua mata terkebil-kebil memandang satu dengan yang lain. Tiada siapa yang bersuara.

Pada hari jumaat berikutnya puan guru pun tampil dengan soalan nakalnya sekali lagi.
’ Ok siapa tahu berapa kah jumlah bintang dilangit.’ .
Sunyi, sepi hanya rungutan kecil yang kedengaran. Bagi Little Billy beliau menyimpan azam. ‘Minggu depan aku mesti mendapatkan cuti hujung minggu 3 hari tersebut.’

Pada hari khamis berikutnya little Billy pun mengecat 2 biji bola pimpong dengan warna hitam. Bola tersebut dibawa kesekolah didalam bag kertas.
Apabila hampir tamat waktu persekolahan, sebaik saja puan guru berkata ’Ok berikut adalah soalan minggu ini. ’ Little billy pun melepaskan bola pimpongnya bergolek-golek kedepan kelas.
Al maklum anak-anak kecil apabila ada kejadian yang bagi mereka agak asing, mereka pun tertawa terbahak-bahak.
’Ok siapa pelawak dengan dua biji bola hitam’, tanya puan guru.
Little Billy bingkas bangun dan menjawab, ’ Bill Cosby, puan guru. Ok jumpa anda hari selasa depan. ‘

*************************************************

Wednesday, October 8, 2008

SOTO BLORA

Bahan-bahan

1 ekor ayam kampong (berat 1/2 kg)
2500 ml air
1 batang serai, diambil putihnya lalu di titik titik,
3 helai daun limau purut,
2 helai daun salam,
1 cm halia, dititik,
5 1/2 sudu teh garam,
1 1/2 sudu teh gula pasir,
1 blok kiub ayam,
2 sudu makan minyak untuk menumis.

Bumbu Halus

8 butir bawang merah,
4 siung bawang putih,
2 cm kunyit di bakar,
1/2 sudu teh lada putih,
1/4 sudu teh serbuk pala,
4 butir buah keras.

Pelengkap

100 gm ubi kayu dikukus atau direbus di potong kotak lalu di goreng kering
5 tangkai kucai diiris,
50 gm suon dicelur,
100 gm tauge pendek,
3 biji telur rebus,
bawang merah goreng untuk taburan.

Cara membuatnya

Rebus ayam bersama air, serai, daun limau purut, daun salam dan halia sampai ayam masak. Angkat ayam dan goreng sebentar. Lalu disiat-siat.
Panaskan minyak. Tumis bumbu halus sampai harum. Tuang kedalam rebusan ayam tadi.
Masukkkan garam, gula pasir dan kiub ayam. Masak sampai mendidih.
Sajikan dengan pelengkap.

Tip

Potongan ubi kayu jangan terlalu kecil supaya ubi tidak terlalu keras. Kalau tak suka ubi kayu bolih diganti dengan ubi kentang.

Soto Medan

Bahan-bahan-nya

1 ekor ayam ( sebaiknya ayam kampong) di belah empat
2 helai daun salam
2 cm lengkuas dititik
4 batang serai dititik
1500 ml santan cair ( dari sisa perahan santan kental )
5 sudu teh garam
500 ml santan kental dari 1 biji kelapa
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan bahan untuk membuat bumbu halus

12 butir bawang merah
6 siung bawang putih
1 sudu makan ketumbar di tumbuk
1/2 sudu teh jintan
1 sudu teh lada putih
2 cm halia
2 cm kunyit

Pelengkap

4 butir telur rebus
2 biji tomato di potong-potong
150 gram kentang rebus dipotong potong
emping goreng ( kalau ada )
7 sudu teh bawang merah goreng

Cara membuatnya

Panaskan minyak . Tumis bumbu halus, daun salam, lengkuas dan serai sampai harum Masukkan ayam. Aduk sampai berubah warna.
Tuang santan cair. Didihkan. Tambahkan garam. Masak sampai ayam matang. Angkat ayam dan tuskan.
Sediakan kuali berasingan. Goreng ayam sampai berkulit. Angkat dan kemudian ayam dicarik carik.
Tuangkan santan kental kedalam masakan tadi dan didihkan lagi.
Sajikan dengan pelengkap

Tip

Menggoreng ayam jangan terlalu lama. Gunakan api besar. Biarkan sampai coklat.