Monday, October 5, 2009

BOLA PIMPONG HITAM

Suatu hari , puan guru masuk kekelasnya dan membuat satu pengumuman.
‘ Murid-murid, mulai minggu ini, pada setiap hari jumaat sebelum kamu pulang cikgu akan memberi satu soalan. Barang siapa yang dapat menjawab soalan tersebut beliau akan mendapat cuti selama tiga hari dan hanya datang kesekolah pada hari selasa. ‘

Pada hari jumaat berikutnya sebelum melepaskan murid-muridnya pulang, cikgu tersebut pun bertanya.
‘ Ok siapa tahu berapakah jumlah pasir yang terdapat dipantai. ‘ Semua mata terkebil-kebil memandang satu dengan yang lain. Tiada siapa yang bersuara.

Pada hari jumaat berikutnya puan guru pun tampil dengan soalan nakalnya sekali lagi.
’ Ok siapa tahu berapa kah jumlah bintang dilangit.’ .
Sunyi, sepi hanya rungutan kecil yang kedengaran. Bagi Little Billy beliau menyimpan azam. ‘Minggu depan aku mesti mendapatkan cuti hujung minggu 3 hari tersebut.’

Pada hari khamis berikutnya little Billy pun mengecat 2 biji bola pimpong dengan warna hitam. Bola tersebut dibawa kesekolah didalam bag kertas.
Apabila hampir tamat waktu persekolahan, sebaik saja puan guru berkata ’Ok berikut adalah soalan minggu ini. ’ Little billy pun melepaskan bola pimpongnya bergolek-golek kedepan kelas.
Al maklum anak-anak kecil apabila ada kejadian yang bagi mereka agak asing, mereka pun tertawa terbahak-bahak.
’Ok siapa pelawak dengan dua biji bola hitam’, tanya puan guru.
Little Billy bingkas bangun dan menjawab, ’ Bill Cosby, puan guru. Ok jumpa anda hari selasa depan. ‘

*************************************************

No comments: