Monday, October 5, 2009

BAKSO

Seorang lelaki juga seorang suami di Kuala Lumpur yang berselingkuh dengan seorang cewek Indoneia selama beberapa tahun terkejut berok apabila cewek Indonesia tersebut mendakwa dirinya termengandung.

Bimbang akan reputasinya dan juga kebahagiaan rumah tangganya si lelaki pun menawarkan sejumlah wang yang banyak sekiranya cewek Indonesia tersebut bersedia melahirkan anak tersebut di Indonesia. Lelaki Malaysia tersebut juga bersedia mengirim wang setiap bulan sekiranya cewek Indonesia tersebut sedia membesarkan anaknya di Indonesia.

Perempuan Indonesia tersebut bersetuju dengan cadangan tersebut. “ Tapi bagaimana nak bagitahu Mas bila saya melahirkan.” Tanya perempuan Indonesia lagi.
“ Saya mahu ianya dirahasiakan . Sayang hanya perlu mengirimkan poskad dengan menulis BAKSO dibelakang nya. Saya akan mengirim wang untuk anak kita. ”

Pada suatu hari selepas 9 bulan perempuan Indonesia tersebut kembali ke tanah airnya, lelaki Malaysia tersebut telah disambut dengan penuh kehairanan olih isterinya sambil memegang sekeping poskad.
” Bang, ini ada sekeping poskad lucu untuk abang.”
” Berikan kepada saya . Saya akan jelaskan nanti. ”
Sebaik sahaja membaca poskad tersebut , sisuami tiba-tiba pucat dan jatuh pengsan.
Diatas poskad tertulis :
”BAKSO, BAKSO, BAKSO, BAKSO,BAKSO....... DUA DENGAN MEATBALL , TIGA TANPA MEATBALL........... tolong hantar sos lebih.”

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

No comments: